Wednesday, September 25, 2013

Panduan Menjadi Insan Cemerlang


Assalamualaikum, hari ini nak berkongsi sedikit panduan menjadi insan cemerlang. Cemerlang ke tidak diri kita, tepuk dada tanya Iman. Tak salah untuk kita berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Panduan ini sekadar satu pengkongsian untuk semua. Kalau rasa ia berguna boleh dijadikan panduan untuk kehidupan harian.


Tatacara Sebelum Tidur



1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.


Tatacara Masa Makan dan Minum




1. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

2. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.


3.Seelok-eloknya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hours selepas makan jadi,jika makan pada pukul 8:30PM sudah tentu 10:30PM baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak banyka yg boleh dipelajari berbanding makan pukul 6:30PM (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara Di Bilik Air


1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang
2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara Mendidik Anak


1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih “lapang”/”lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara Penjagaan Diri



1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, berterusan, akan menjadi tabiat dan kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif, emosi akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.

Ada 3 kategori manusia :- a)  BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam 
                                         b)  TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
                                         c)  CELAKA : Hari ini lebih teruk dari hari semalam

“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita”

Ini sahaja yang dapat di kongsikan, semoga ianya bermanafaat.

Assalamualaikum.



Thursday, June 27, 2013

Tips Kereta Kalis Air

Salam Sejahtera para pembaca.

Ari ni aku nak berkongsi satu tips bagai mana nak bagi kereta kita kalis air. Yang sebenarnya tips ini pun bukan tips aku, aku terjumpanya di sini. 

Tip penjagaan kereta pada kali ini ialah... bagaimana hendak
membuatkan keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah... (maksud saya bukan kalis banjir... tapi kalis air hujan je).




Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air.





Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.


Cara-caranya ialah:

1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu.
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan.
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.

Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. 
Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat).

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba ye..dan rasa kalau malas ha...senang je..apa lagi datang  jela ke ke Car Wash yang berdekatan




Wednesday, June 26, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Sedia maklum Pada minggu lepas negara kita telah dilanda jerebu. Punca dari mana datangnya jerebu ini ada lah dari negara Indonesia yang membuat pembakarn ladang terbuka pada skala yang besar.

Negeri yang paling teruk terjejas adalah Johor iaitu di daerah Muar dengan bacaan IPU melebihi 700 dan telah di ostiharkan darurat.

Amalan dan Doa Malam Nisfu Syaaban

Bulan Syaaban

Nisfu Syaaban bagi tahun 2013 adalah pada 24 JUN 2013. Malam Nisfu Syaabanadalah bermula daripada selepas Maghrib 23 JUN 2013. Ini menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat
Doa Nisfu Syaaban

Doa Nisfu Syabaan







Monday, March 18, 2013

Apa itu Aqiqah


Aqiqah adalah binatang yang disembelih pada hari ke 7 untuk seorang bayi yang dilahirkan. Pada asalnya perkataan ini digunakan dari sudut bahasa untuk makna rambut yang ada di atas kepala bayi yang dilahirkan. Masyarakat Arab kemudiannya menukarkan kepada nama binatang sembelihan yang dilakukan sewaktu mencukur rambut bayi berdasarkan kepada adat kebiasaan mereka yang suka menamakan sesuatu mengikut nama perkara yang menjadi sebab.

Hukum menjalankan aqiqah

Ulama' Syafie mengatakan hukum melakukan aqiqah ini adalah sunat bagi mereka yang wajib membelanjakan nafkahnya dalam sesebuah keluarga. Bagi pendapat Ulama' Hanafi pula beliau mengatakan hukumnya adalah harus, ini kerana ibadah korban yang disyariatkan telah membatalkan semua bentuk sembelihan.

Thursday, February 28, 2013

Projek terbaru Jason Newsted

Nama Jason Newsted pastinya terpahat dalam mana-mana peminat Metallica , beliau yang menggantikan Cliff Burton yang telah meninggal setelah kemalangan bas , menampakkan bass line yang menonjol ketika bersama Metallica . Beliau telah bersama-sama Metallica dengan album-album yang telah mencapai jualan jutaan unit .

Sejak beliau keluar pada tahun 2001 , Jason Newsted telah melakukan pelbagai projek peribadi beliau bersama-sama kumpulan besar , malah beliau turut menganggotai kumpulan Thrash Metal Canada , Voivod .

Pada tahun lalu beliau telah mengumumkan kumpulan beliau yang terbaru dibawah nama Newsted yangmana beliau bertindak sebagai vokalis dan bassist ,  dan akan mengeluarkan EP yang bertajuk “Metal” dengan 4 buah lagu yang boleh didapati di iTunes sejak 8 January lalu . Mereka juga telah mengeluarkan videmo muzik dengan lagu “Soldierhead”.

Secara muzikal “Soldierhead” tetap memaparkan Jason sebagai orang utama , sebalik vocal, bassline beliau begitu menonjol sekali hampir setara dengan bunyi gitar utama . Ia adalah perkara menarik untuk kita melihat kerjaya bekas ahli yang pernah menggangotai kumpulan rock star seperti Metallica . 



Soldeirhead - Newsted


Bombs go off around me
Bullets chase my head
Demonscene hellscape
Try to not get dead

From the cradle I was in
Straight for the firing line
By the teeth of my skin
Dragon and the serpent versus swine

Never quite ready
It just becomes your turn
Evertight steady
No more light to burn

A lie has no feet
Cannot stand alone
A cry in the street
Who cast the first stone

With dirt between my teeth
I made the devil sell his soul
I know that he can bleed
Moon goes dark sun grows cold

Where my mind would take me
Never coming near
Scared my heart would break me
Why am I here


Tuesday, February 26, 2013

Biografi Jason Newsted - Ex- Metallica

Jason Newsted di lahirkan pada 4 Mac, 1963, di Battle Creek, Michigan.
Sebelum menyertai Metallica, Jason Newsted adalah seorang pemuzik  untuk band thrash Metal Flotsam dan Jetsam. Album pertama bandnya adalah , 'Doomsday for the Deceiver’. Album ini telah berada dipasaran lebih sebulan sebelum kematian Burton.


Kemunculan pertama Jason Newsted bersama Metallica adalah dengan lahirnya sebuah album EP yang bertajuk, The EP $ 5,98:. Garage Days Re-Revisited ''. Di dalam album ... And Justice for All ' beliau diperkenalkan kepada peminat dengan satu lagu pembukaan iaitu ‘Blackened' bersama-sama dengan tiga orang anggota band lain. Dan lagu ‘To Live is to Die' dimainkan untuk memperingati dan menghargai jasa dan tempoh perkhidmatan mendiang Burton dengan Metallica.
Sepanjang penglibatan beliau dengan Metallica hanya dua buah lagu ciptaan beliau iaitu ‘My Friend of ' Misery’ dan Where the Wild Things Are’ di dalam album ReLoad pada tahun 1991.

Pada tahun 2001, Jason telah menyuarakan hasratnya untuk membuat side projek untuk band beliau iaitu Encobrain, namun hasrat beliau di bantah oleh ahli kumpulan yang lain sedangkan pada masa itu Metallica tiada terlibat dengan apa apa projek. James Hetfield bimbang Jason akan hilang focus terhadap Metallica dan lebih tertumpu kepada band Echobrain. Jason di beri kata dua, sama ada membatalkan projek EchoBrain nya dan bersama Metallica ,atau teruskan dengan projeknya tu dan meninggalkan Metallica. Jason akhirnya memilih untuk keluar dari Metallica berita yang mengemparkan para peminat Metallica termasuk aku. Keputusan tersebut telah di umumkan pada 17 Jan 2001. Tempat beliau telah di isi sementara oleh Bob Rock semasa pembikinan album St Angger sebelum Robert Trujillo mengambil alih tugas Bob Rock sepenuh masa.




Kenangan Jason Bersama Metallica









Friday, February 8, 2013

Apa Yang Disangka Pada Doa Dan Apa Yang Sebenarnya Berlaku?


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada Allah s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban)
Bilakah doa kita akan dimakbulkan?
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu…
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuku…..


Wednesday, February 6, 2013

Kita Bersama Siapa Di Akhirat Nanti?


Allah menjadikan fitrah insan mempunyai perasaan kasih dan sayang. Perasaan ini ada pada setiap manusia yang normal. Kita sememangnya menyayangi ahli keluarga, saudara-mara, kawan yang rapat, sesiapa sahaja yang membuat kebaikan kepada kita.
Sebenarnya perasaan kasih dan cinta ini boleh membawa seseorang itu ke syurga atau ke neraka.

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, January 23, 2013

When a Blind Man Cries - Cover by Metallica



Layan Muzik Video dari Metallica

If you're leaving close the door
I'm not expecting people anymore
Hear me grieving, I'm lying on the floor
Whether I'm drunk or dead I really ain't too sure

I'm a blind man, I'm a blind man and my world is pale
When a blind man cries, Lord, you know there ain't no sadder tale

Had a friend once in a room,
Had a good time, but it ended much too soon
In a cold month in that room
We found a reason for the things we had to do

I'm a blind man, I'm a blind man, now my room is cold
When a blind man cries, Lord, you know he feels it from his soul

Yeah yeah
I'm a blind man, I'm a blind man and my world is pale
When a blind man cries, Lord, you know there ain't no sadder tale






Wednesday, January 9, 2013

Happy New Year


HAPPY NEW YEAR

Macam dah lambat je nak wish... nampak sangat admin x alert hahha.. ape apa pun
di harap tahun 2013 lebih baik dari tahun sebelumnya.. Camana dengan azam korang?

Azam???

Ada ke??

Tepuk dada tanya iman... Bagi admin, mungkin azam tu ada tapi tak tau camana nak cakap mungkin untuk menjadi AYAH dan ketua keluarga yang baik dan beriman, insha allah.

sekian.