Sebelum menyertai Metallica, Jason Newsted adalah seorang pemuzik untuk band thrash Metal Flotsam dan Jetsam. Album pertama bandnya adalah , 'Doomsday for the Deceiver’. Album ini telah berada dipasaran lebih sebulan sebelum kematian Burton.
Kemunculan pertama Jason Newsted bersama Metallica adalah
dengan lahirnya sebuah album EP yang bertajuk, The EP $ 5,98:. Garage Days
Re-Revisited ''. Di dalam album ... And Justice for All ' beliau diperkenalkan
kepada peminat dengan satu lagu pembukaan iaitu ‘Blackened' bersama-sama dengan
tiga orang anggota band lain. Dan lagu ‘To Live is to Die' dimainkan untuk
memperingati dan menghargai jasa dan tempoh perkhidmatan mendiang Burton dengan
Metallica.
Sepanjang penglibatan beliau dengan Metallica hanya dua
buah lagu ciptaan beliau iaitu ‘My Friend of ' Misery’ dan Where the
Wild Things Are’ di dalam album ReLoad pada tahun 1991.
Pada tahun 2001, Jason telah menyuarakan hasratnya untuk
membuat side projek untuk band beliau iaitu Encobrain, namun hasrat beliau di
bantah oleh ahli kumpulan yang lain sedangkan pada masa itu Metallica tiada
terlibat dengan apa apa projek. James Hetfield bimbang Jason akan hilang focus terhadap Metallica dan
lebih tertumpu kepada band Echobrain. Jason di beri kata dua, sama ada membatalkan
projek EchoBrain nya dan bersama Metallica ,atau teruskan dengan projeknya tu
dan meninggalkan Metallica. Jason akhirnya memilih untuk keluar dari Metallica
berita yang mengemparkan para peminat Metallica termasuk aku. Keputusan
tersebut telah di umumkan pada 17 Jan 2001. Tempat beliau telah di isi
sementara oleh Bob Rock semasa pembikinan album St Angger sebelum Robert
Trujillo mengambil alih tugas Bob Rock sepenuh masa.
Kenangan Jason Bersama Metallica
Kenangan Jason Bersama Metallica









No comments:
Post a Comment