Wednesday, June 26, 2013

Jerebu Oh Jerebu

Sedia maklum Pada minggu lepas negara kita telah dilanda jerebu. Punca dari mana datangnya jerebu ini ada lah dari negara Indonesia yang membuat pembakarn ladang terbuka pada skala yang besar.

Negeri yang paling teruk terjejas adalah Johor iaitu di daerah Muar dengan bacaan IPU melebihi 700 dan telah di ostiharkan darurat.


Jerebu Di Muar

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


Berikut beberapa nasihat yang majikan edarkan kepada staf-staf berkaitan dengan jerebu. Saya nak kongsikan dengan pembaca semua, semoga sama-sama dapat manfaat daripada nasihat tersebut.
  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah.
  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask).
  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.
  • Banyak minum air kosong ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti / menghadiri aktiviti luar.

No comments: