Thursday, February 28, 2013

Projek terbaru Jason Newsted

Nama Jason Newsted pastinya terpahat dalam mana-mana peminat Metallica , beliau yang menggantikan Cliff Burton yang telah meninggal setelah kemalangan bas , menampakkan bass line yang menonjol ketika bersama Metallica . Beliau telah bersama-sama Metallica dengan album-album yang telah mencapai jualan jutaan unit .

Sejak beliau keluar pada tahun 2001 , Jason Newsted telah melakukan pelbagai projek peribadi beliau bersama-sama kumpulan besar , malah beliau turut menganggotai kumpulan Thrash Metal Canada , Voivod .

Pada tahun lalu beliau telah mengumumkan kumpulan beliau yang terbaru dibawah nama Newsted yangmana beliau bertindak sebagai vokalis dan bassist ,  dan akan mengeluarkan EP yang bertajuk “Metal” dengan 4 buah lagu yang boleh didapati di iTunes sejak 8 January lalu . Mereka juga telah mengeluarkan videmo muzik dengan lagu “Soldierhead”.

Secara muzikal “Soldierhead” tetap memaparkan Jason sebagai orang utama , sebalik vocal, bassline beliau begitu menonjol sekali hampir setara dengan bunyi gitar utama . Ia adalah perkara menarik untuk kita melihat kerjaya bekas ahli yang pernah menggangotai kumpulan rock star seperti Metallica . 



Soldeirhead - Newsted


Bombs go off around me
Bullets chase my head
Demonscene hellscape
Try to not get dead

From the cradle I was in
Straight for the firing line
By the teeth of my skin
Dragon and the serpent versus swine

Never quite ready
It just becomes your turn
Evertight steady
No more light to burn

A lie has no feet
Cannot stand alone
A cry in the street
Who cast the first stone

With dirt between my teeth
I made the devil sell his soul
I know that he can bleed
Moon goes dark sun grows cold

Where my mind would take me
Never coming near
Scared my heart would break me
Why am I here


Tuesday, February 26, 2013

Biografi Jason Newsted - Ex- Metallica

Jason Newsted di lahirkan pada 4 Mac, 1963, di Battle Creek, Michigan.
Sebelum menyertai Metallica, Jason Newsted adalah seorang pemuzik  untuk band thrash Metal Flotsam dan Jetsam. Album pertama bandnya adalah , 'Doomsday for the Deceiver’. Album ini telah berada dipasaran lebih sebulan sebelum kematian Burton.


Kemunculan pertama Jason Newsted bersama Metallica adalah dengan lahirnya sebuah album EP yang bertajuk, The EP $ 5,98:. Garage Days Re-Revisited ''. Di dalam album ... And Justice for All ' beliau diperkenalkan kepada peminat dengan satu lagu pembukaan iaitu ‘Blackened' bersama-sama dengan tiga orang anggota band lain. Dan lagu ‘To Live is to Die' dimainkan untuk memperingati dan menghargai jasa dan tempoh perkhidmatan mendiang Burton dengan Metallica.
Sepanjang penglibatan beliau dengan Metallica hanya dua buah lagu ciptaan beliau iaitu ‘My Friend of ' Misery’ dan Where the Wild Things Are’ di dalam album ReLoad pada tahun 1991.

Pada tahun 2001, Jason telah menyuarakan hasratnya untuk membuat side projek untuk band beliau iaitu Encobrain, namun hasrat beliau di bantah oleh ahli kumpulan yang lain sedangkan pada masa itu Metallica tiada terlibat dengan apa apa projek. James Hetfield bimbang Jason akan hilang focus terhadap Metallica dan lebih tertumpu kepada band Echobrain. Jason di beri kata dua, sama ada membatalkan projek EchoBrain nya dan bersama Metallica ,atau teruskan dengan projeknya tu dan meninggalkan Metallica. Jason akhirnya memilih untuk keluar dari Metallica berita yang mengemparkan para peminat Metallica termasuk aku. Keputusan tersebut telah di umumkan pada 17 Jan 2001. Tempat beliau telah di isi sementara oleh Bob Rock semasa pembikinan album St Angger sebelum Robert Trujillo mengambil alih tugas Bob Rock sepenuh masa.




Kenangan Jason Bersama Metallica









Friday, February 8, 2013

Apa Yang Disangka Pada Doa Dan Apa Yang Sebenarnya Berlaku?


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada Allah s.w.t dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Alban)
Bilakah doa kita akan dimakbulkan?
Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu…
Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.
Apabila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuku…..


Wednesday, February 6, 2013

Kita Bersama Siapa Di Akhirat Nanti?


Allah menjadikan fitrah insan mempunyai perasaan kasih dan sayang. Perasaan ini ada pada setiap manusia yang normal. Kita sememangnya menyayangi ahli keluarga, saudara-mara, kawan yang rapat, sesiapa sahaja yang membuat kebaikan kepada kita.
Sebenarnya perasaan kasih dan cinta ini boleh membawa seseorang itu ke syurga atau ke neraka.

Dari Anas bin Malik r.a dia berkata:
“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)