Salam Sejahtera para pembaca.
Ari ni aku nak berkongsi satu tips bagai mana nak bagi kereta kita kalis air. Yang sebenarnya tips ini pun bukan tips aku, aku terjumpanya di sini.
Tip penjagaan kereta
pada kali ini ialah... bagaimana hendak
membuatkan
keseluruhan kerata anda seolah-olah kalis air dengan cara mudah... (maksud saya
bukan kalis banjir... tapi kalis air hujan je).
Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak
lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai.
Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis
air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk
polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.
Di
sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta
yang kalis air.
Rahsia saya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT
PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1.
Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2.
Bilas dengan air biasa dahulu.
3.
Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut
pakaiaan.
4.
Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur
pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5.
Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan
dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body
kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya
mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6.
Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan
tadi sehingga kering.
Dengan
cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda.
Anda
boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak
kotor sangat).
Larutan
itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda
seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan
guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik
untuk
body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana
benda ini selamat pada mesen basuh anda.
Semua
PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat
mencuba ye..dan rasa kalau malas ha...senang je..apa lagi datang jela ke
ke Car Wash yang berdekatan


