Monday, May 28, 2012

Petua Imam Shafie

Assalamualaikum.. Entry aku kali ini aku nak berkongsi satu gambar yang berkaitan petua atau nasihat dari seorang yang bernama IMAM SHAFIE.

Sunday, May 27, 2012

Sejarah Manchester United



Nama Lengkap: Manchester United Football Club
Tahun Di Tubuhkan : 1878 dengan nama Newton Heath LYR F.C.
Julukan : The Red Devils, United
Alamat : Sir Matt Busby Way,Old Trafford, Manchester M16 0RA
Website Rasmi : http://www.manutd.com
Pemilik : Malcolm Glazer
Chairman : Joel Glazer
Manager : Alex Ferguson
Stadium : Old Trafford (75.957 penonton)
Kota : Manchester

Pencapaian Setakat ini :
Juara Liga : 1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965, 1967, 1993, 1994, 1996, 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, 2007, 2008, 2009, 2011
Juara Piala FA : 1909, 1949, 1963,1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004
Juara Piala Liga : 1992, 2006
Juara Liga Champions : 1968, 1999, 2008
Juara Piala Winners : 1991
Juara Piala Dunia Klub : 1999, 2008
Juara Piala Super : 1991



Saturday, May 26, 2012

8 Perkara Menambahkan Iman

1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran  
  Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.

2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah    
   imannya. Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehendak  
   Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.

3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.

4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk  
   dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.

5-Memperbanyakkan solat-solat sunat dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin 
   dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.

6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT  
   seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.

7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan 
    kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan  kerajaan atau 
   majikan. Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan  
   pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT.


Friday, May 25, 2012

Doa Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI
(AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Thursday, May 24, 2012

ZIKIR Pembuka Pintu Rezeki

ZIKIR IMAM GHAZALI







1. Perbanyakkan membaca
 "LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"
Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah perbanyakkan mengucap "La hawla wala Quwwata illa billah"
( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”

Barangsiapa setiap hari membaca

"La ilaha illallahul malikul haqqul mubin"

maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur

(HR. Abu Nu’ aim dan Ad Dailami).

3. Melanggengkan Ber-Istighfar

“Barangsiapa melanggengkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”


( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas

“Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya

( HR. At Tabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah

“Barangsiapa membaca surat Al Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup “

(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

6. Memperbanyak Shalawat Atas Nabi SAW

“Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda :

“Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah  .

Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

…dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”


(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI



Monday, May 21, 2012

Budak Hostel

Salam sejahtera, entry kali ni aku nak post satu cerita katun yang bertajuk BUDAK HOSTEL.
Kepada sesiapa yang suka baca atau fan kepada Majalah Ujang tentu korang familiar ngn Budak Hostel ni... Di hasilkan oleh Kartunis Ubi.. 


1. Budak Hostel Bhg-1

Sunday, May 20, 2012

Imam Imam Yang Benar

Entry kali nie islamik sikit, aku nak story  pasal subuah buku yang aku beli hasil penerimaan boucer buku 1 malaysia sebanyak rm 200. ( Terima kasih gomen) niat di hati memang dah lama nak beli buku2 mcm ni.... alang2 free so aku gunakan dengan sebaik baiknya.. 


Buku yang aku beli bertajuk Imam Imam yang benar.
Buku ini mengisahkan ulama2 pewaris Nabi. Mereka adalah imam-imam yang benar. Yang membawa kepada 4 Mazhab iaitu



IMAM ABU HANIFAH
"Abu Hanifah adalah bapa dan pemuka seluruh ulama fiqh."-Imam Syafie.


IMAM MALIK
 "Seandainya tiada Malik dan Sufyan sungguh akan hilanglah   
  ilmu Hijaz."-Imam Syafie


IMAM SYAFIE
"Setiap ahli hadis yang memegang tinta ada lah terhutang budi kepada Imam Syafie."-Imam Ahmad Bin Hanbal


IMAM AHMAD BIN HANBAL
" Ahmad bin Hanbal imam dalam lapan hal, imam dalam hadis, imam dalam fiqh, imam dalam bahasa, imam dalam Al Quran, imam dalam kefakiran, imam dalam kezuhudan, imam dalam warak, dan imam dalam sunnah."- Imam Syafie


Ada 690 muka surat, tak pernah aku baca buku setebal ini selain dari Al quran. 
Adakah aku akan membeli lagi buku buku yang mcm ni.... sama-sama la kita berdoa.. 


Amin.


p/s :- Novel setebal 1000 ms kita leh baca.. x kan buku buku mcm ni x eh ye x.




Thursday, May 17, 2012

Manchester VS menchester

Tanggal 13 Mei 2012, menjadi sejarah kepada dunia bola sepak terutama liga BPL. Perebutan piala kejuaraan liga ditentukan di minit-minit akhir perlawanan.

Aku selaku peminat Manchester United hanya mampu melihat keputusan perlawanan dari masa kemsemasa melalui internet sahaja.. huhuh (kg x de astro).

Sebelum perlawanan, macam biasalah, psyco kedua dua jurulatih dan pemain.... tak lupa gak peminat peminat tegar kedua dua kelab ni ( tp kebnykn peminat team lain yg sokonh ManC ni ) mcm2 dia org kata... terutama kat FB.. maki memaki, kutuk mengutuk...

Bagi aku suma tu x perlu, layan je game tu dah la, kalau menang raikan.. kalau kalah terima kenyataan...

Dan seperti yang korang tau( sapa yang juara liga), disaat team Man U bersiap2 nak meraikan kejuaraan liga buat kali ke 20 di tengah padang... terdengar keluhan hampa para para penyokong Man U menanda kan mereka terlepas kejuaraan liga.. Dengan muka yg sedih, hampa, pusam (malu mgkin cket) pemain2 Man U masuk ke bilik persalinan..

Yang mana peminat Man U yang cakap beso  riak takbur dan belagak... terima la balasan... 
aku selaku peminat Man U menerima seadanya.. 


*** Mereka bukan kalah.. cuma x dapat piala je..

p/s Kemenangan sesebuah pasukan hanya di tentukan setelah wisel penamat di bunyikan.

Tuesday, May 15, 2012

Aku Ditahan Pak Polisi

Memang aku di tahan pak polisi (polis )nak marah pun tak boleh dah memang kerja dia...
Dia orang masa nak tahan aku, gaya mcm aku ada wat salah beso je...
setelah aku berhentikan kerta, polis tu datang ke tingkap sebelah passenger dengan muka kelat... setelah aku turunkan cermin keta lesen aku dah stanby nak amik... beliau tengok aku dan melemparkan satu senyuman.... dan suruh aku beredar....
dalam hati aku... TU JE !!!!!

Sunday, May 13, 2012

Balik kampung

Balik Kampong  O..OO Balik Kampong...best gak balik kampong sekali sekala walaupun masa perjalanan 3 jam... boleh kalau nak balik tiap tiap minggu, TAPi, kena modal la beb.

Dengan memandu BLM 1.3 HP aku memecut sederhana dengan kelajuan 100km / jam.. ikot undang2 beb, malas nak bawak lelaju ni. sampai gak.. Cuma lambat ngn cpat je.
Kepada para para pemandu... BERHATI2 DIJALAN  RAYA

WASSALAM...

Tuesday, May 8, 2012

Hey all ..
Assalamualaikum..
thanks sudi membaca blog aku... x banyak yang aku reti tulis... almaklom lah nak menulis ni memerlukan idea2 yg bernas..... insyallah aku akan cuba
ape ape pun aku saji kan korang dengan catatan aku yang pertama... iaitu ... ape yang aku nak tulis... korang baca je la kalau berkenan...
. . . . . wasaalam . . . . .